Tuesday 28 October 2008

Syawal dah di penghujung

Esok merupakan 29 syawal, manakala Zulkaedah akan menyusul bermakna kami sudah berada 25 hari di sini. Rasanya cukup cepat masa berlalu... begitulah keadaan cuaca sudah semakin sejuk. Pagi tadi sahaja sudah mencecah -1 degree celcius, atas kereta sudah ada ketulan nipis ais yang terbentuk pada malamnya. Kalau ikutkan, tak payah letak makanan di dalam peti ais.... bawa satu meja letak aje di belakang rumah... susun makanan di atas meja tu... sama seperti letak dalam peti ais ruang beku. Maknanya sekarang, luar rumah seolah-olah peti ais ruang beku, dalam rumah peti ais ruang biasa. Kalau dah jadi peti ais... kenalah pasang heater untuk panaskan ruang.

Malam sudah panjang dari siang. Matahari mula terbit pada 7.01 pagi dan terbenam pada 4.39 petang. Bermakna siang cuma 9.5 jam. Pulang dari pejabat jam 5 petang sudah malam... gelap. Isya' menjelang jam 6.35 petang... masa yang agak panjang boleh digunakan untuk mencari bahan untuk pengajian dan anak-anak boleh mengulang kaji pelajaran. Namun sekarang adalah cuti sekolah selama seminggu. Mereka akan kembali ke sekolah pada 3/11.. kali ini dengan bersarung tangan dan berjeket tutup kepala.

No comments: