Thursday 2 December 2010

Snowing lagi






2-12-10, hari ini snow masih turun dan sekolah anak2 semuanya tutup. Semuanya tak keluar rumah sebab sejuk.... temperature -3c. Nak keluar bawa kereta pun agak bahaya sebab licin atau nanti sangkut kat jalan lagi susah.

Wednesday 1 December 2010

Snowing






1/12/10, Desember bermula dgn heavy snow throughout UK. sebenarnya snow sudah turun seminggu yg lepas, tapi tak adelah selebat hari ni. Rasanya ketebalan sudah melebihi sekaki. Pagi ini terpaksa hantar anak2 dgn berjalan kaki. Namun pukul 11 pagi dah dpt text dari sekolah, sekolah terpaksa habis awal... jam 12 tgh. University of Bradford juga tutup... majlis convocation sesi kedua dan ketiga hari ini juga dibatalkan atas sebab2 keselamatan dan ditangguhkan pada summer akan dtg.

Child of the week



29/11/10, kami suami isteri ke Bowling Park Primay school untuk menghadiri morning assembly yang diadakan setiap hari Isnin khas utk penyampaian sijil dan badge child of the week kepada setiap pelajar yang dipilih dari setiap kelas. Hari ini merupakan giliran Nurleen dari kelas 5NL. Ini merupakan kali ke-3 beliau menerima anugerah ini. Well done anakku. Gambar bersama dgn Guru Besar Mr. Herrington, serta penerima yg lain.

Sunday 27 September 2009

15/08/09 Trip ke Liverpool







Gambar-gambar masa trip ke Liverpool. Perjalanan satu jam jer ke Liverpool, sambil ziarah kawan yg belajar di University of Liverpool.

Sambutan raya 2009 Bradford




Juadah di pagi raya

Antara sahabat2 di Bradford

Kaum ibu tidak ketinggalan

Di depan rumah... baru balik solat raya.


Raya tahun ini disambut pada 20/9/09 bersamaan dgn hari Ahad yg lepas... sama hari dgn di Malaysia. Inilah sekitar sambutan di Bradford. Hari Ahad 27/9/09 pula sambutan peringkat Rumpun Bradford diadakan di IslamBradford.

Tuesday 2 June 2009

31/5/09 Trip ke Lake District



















































Kami sekeluarga bersama 2 lagi keluarga rumpun mengikuti rombongan ke Lake District, yg dikatakan tasik yg terbesar di UK ini. Rombongan anjuran universiti menaiki bas ke Windermere mengambil masa 2.5 jam... kemuadian naik bot selama 40 minit ke Bowness... salah satu bandar kecil di tepi tasik. Pemandangan yg sangat cantik... tapi cuaca panas terik. Kami pulang jam 5.30 ptg dan sampai di Bradford 8 malam.... namun masih terang sebab maghrib masuk 9.27 malam.

10/5/09 4 dalam 1








Hari ini 4 dalam 1,

1: pagi2 lagi hantar keluarga Dr. Kamal di Leeds Bradford Airport jam 4.30pagi

2: terus ke car boot sale LBA

3: sarapan pagi ala-ala family day di tepi pagar airport dan tasik

4: majlis makan2 di rumah En. Halim

Oh... 4 dalam 1..... meriah sungguh Rumpun Bradford.