Tuesday 28 October 2008

Syawal dah di penghujung

Esok merupakan 29 syawal, manakala Zulkaedah akan menyusul bermakna kami sudah berada 25 hari di sini. Rasanya cukup cepat masa berlalu... begitulah keadaan cuaca sudah semakin sejuk. Pagi tadi sahaja sudah mencecah -1 degree celcius, atas kereta sudah ada ketulan nipis ais yang terbentuk pada malamnya. Kalau ikutkan, tak payah letak makanan di dalam peti ais.... bawa satu meja letak aje di belakang rumah... susun makanan di atas meja tu... sama seperti letak dalam peti ais ruang beku. Maknanya sekarang, luar rumah seolah-olah peti ais ruang beku, dalam rumah peti ais ruang biasa. Kalau dah jadi peti ais... kenalah pasang heater untuk panaskan ruang.

Malam sudah panjang dari siang. Matahari mula terbit pada 7.01 pagi dan terbenam pada 4.39 petang. Bermakna siang cuma 9.5 jam. Pulang dari pejabat jam 5 petang sudah malam... gelap. Isya' menjelang jam 6.35 petang... masa yang agak panjang boleh digunakan untuk mencari bahan untuk pengajian dan anak-anak boleh mengulang kaji pelajaran. Namun sekarang adalah cuti sekolah selama seminggu. Mereka akan kembali ke sekolah pada 3/11.. kali ini dengan bersarung tangan dan berjeket tutup kepala.

Dimanakah Bradford



Bradford terletak di tengah-tengah UK atau dikenali sebagai Midland. Berdekatan dengan Manchester dan Liverpool di sebelah barat, Sheffield dan Birmingham di sebelah selatan, Hull di sebelah timur. Kalau gunakan google map... cuma taipkan BD5 8EP... terus sahaja akan menunjukkan kedudukan rumah kami. Rumahnya jenis teres 3 tingkat + basement (bilik bawah tanah). Di tingkat bawah adalah ruang tamu dan dapur. Di tingkat 1, bilik tidur utama, bilik tidur satu dan tandas. Di tingkat 2, ada dua bilik tidur. Masalah di kebanyakan rumah di sekitar Bradford ini adalah tandas cuma satu... terpaksa bergilir-gilir.




Rumah terpaksa dibuat 3 tingkat kerana kepadatan penduduk dan ruang tanah yang terhad. Binaan rumah ini cuma 16 kaki lebar dan 80 kaki panjang, sebab itulah 3 tingkat. Kebanyakan rumah cuma berpagar rendah... 4 kaki tinggi dan biasanya tidak berkunci. Mereka juga tidak mempunyai grill seperti di tanah air. Cuma sebahagian kecil sahaja rumah yang mempunyai tingkap kaca yang ber"grill". Termasuklah rumah yang kami duduki ini mempunyai tingkap yang ber"grill" ringkas. Namun kejadian kecurian jarang berlaku kerana di sini CCTV berada di setiap penjuru jalan. Sekejap je polis dah boleh kesan.

Saturday 25 October 2008

Car Boot

Hari minggu biasanya ramai akan menghabiskan masa di car boot sale. Minggu lepas kami bersama dengan keluarga Bahari (UKM) dan keluarga Shamsul (UTM) ke Dewsbury, tempat car boot yang agak besar juga. Kami bertolak pukul 8.30 pagi dan sampai sana dalam pukul 9.15. Hari agak lembab sebab hujan di awal pagi. Sampai di sana orang dah mula ramai mencari barang-barang yang mungkin berkenan di hati. Ramai juga orang Malaysia yang menuntut di Leeds yang datang.

Rata-rata barang adalah yang terpakai dari pakaian, peralatan dapur, barang letrik, mainan budak-budak, basikal dan macam-macam lagi yang tak pernah terfikir oleh kita sehinggalah barangan antik yang tak pernah kita jumpa sebelum ini. Harganya amat murah dari 50p dan biasanya 2 pounds utk setiap barang bergantung kepada saiz dan jenis barang. Kalau basikal boleh dapat dalam 30 pounds. Mungkin inilah aktiviti mingguan orang-orang di sini sambil berjalan sambil membeli.
Car boot ni ada yang jenis bench... iaitu ada tempat khas semacam gerai kecil yang telah diberi petak-petaknya kepada penyewa. Yang satu lagi ialah yang terus dari boot kereta. Buka je boot kereta... keluarkan sebiji meja maka jadilah car boot outlet. Yang jenis ini biasanya di tempat terbuka... tiada berbumbung. Kalau hujan, basahlah...kalau angin, kena ikat kuat-kuat, kalau tak berteraburlah barang-barangnya terutamanya baju-baju yang hanya di sangkut di tepi kereta.

Tukar waktu

Bermula tengah malam ini, jam akan diundurkan sejam. maknanya beza dengan tanah air akan menjadi 8 jam. Ini kerana tempoh siang sudah semakin singkat, maka jam diundurkan. Jam akan dipercepatkan semula bulan April tahun depan. Begitulah saban tahun di negara-negara yang mempunyai 4 musim, biasanya pertukaran waktu adalah perkara biasa. nasib baik esok hari minggu, kalau yang tidak sedar nak tukar waktu mungkin akan lewat ke tempat kerja.

Sekolah akan mula bercuti Isnin ini untuk selama seminggu. Ramailah keluarga yang akan melancong/melawat tempat-tempat menarik sepanjang cuti sekolah ini. kami rasanya di sini sajalah untuk minggu depan ni kerana cuaca sejuk... nanti anak-anak tak tahan.

Heater

Hari ini kami ke empire direct... tujuannya nak beli portable heater. Rumah kami memang dah sedia ada central heating... tapi semuanya ada 7 unit yang dikawal oleh satu switch. Ertinya kalau switch itu di "on" kan, semuanya akan berfungsi di ketiga-tiga tingkat rumah kami. Bayangkan berapa banyak gas yang digunakan untuk memanaskan keseluruhan rumah untuk musim sejuk ini.... sudah tentu memakan belanja yang besar. Jadi salah satu caranya ialah gunakan portable heater yang boleh dipindahkan ke mana sahaja yang kita suka.

Heater tu dah di"survey" melalui internet beberapa hari yang lalu. Hari ni, terus saja ke tempat yang display heater tu. Harganya 29.99 pounds... 1500w. terus angkat 2 unit, satu untuk di bawah, satu untuk tingkat atas.

Kalau tak ada heater ni, kena control guna central heating... nak jimat belanja.... tapi budak-budak lah kesian, kena pakai baju tebal dalam rumah... macam kat bawah ni la...

Friday 24 October 2008

Raya di Bradford




Inilah gambar raya di Bradford.... hari kedua kami sampai di sini, terus menghadiri majlis raya yang telah dirancang oleh rumpun bradford. Oleh kerana kami bertolak dari kota bharu pada petang raya ke-3 (raya ke-4 di Bradford), duit raya RM masih ada berbaki.... jadi kami berikan kepada anak-anak di bradford sorang RM2. memanglah tak laku duit tu di sini... tapi sekadar kenangan. Penghulu buat pengumuman, ada duit raya, maka anak-anak semua beratur nakkan duit raya. Tak pe lah simpan untuk kenangan.
Masing-masing bawa juadah, memang suasana macam di tanah air... ada nasi lemak, mee goreng (spaghetti sebenarnya), nasi dagang... macam-macam ada. Majlis dibuat di student's activity hall. Nasib baik kami semua bawa baju melayu, baju kurung.... nampak macam suasana di tanah air.

Pelbagai cerita dalam satu hari

Keadaan cuaca semakin tidak menentu... pagi tadi angin sejuk amat kuat sekali, tak padan rasanya 3 lapis pakaian ditambah lagi dengan jacket. Pagi-pagi memang rutin menghantar anak ke sekolah di Bowling Park Primary school. Nurleen di year 3, selalunya dengan lunch bag dan beg sekolah yang memang ringan untuk dibawa ke mana-mana. Tidak sama dengan di tanah air.. beg dan isinya sudah 4, 5 kilo, ditambah lagi dengan air minuman.... memang berat untuk budak-budak. Tak tahulah nanti bila sudah kembali semula ke tanah air, isu beg ini akan membuatkan anak-anak teringat kat pengalaman belajar di UK.



Perjalanan ke uni lancar dan terus ke tempat parking yang agak jauh iaitu berdekatan dengan pasaraya al-halal di BD7. Malas nak mencari parking yang berdekatan dengan school of engineering, design & technology sebab hari ni ada meeting dengan supervisor jam 9.30am. Lagi pun parking dekat dgn uni, cuma dua jam sahaja. lebih dari tu kena saman... 30 pounds Takut nanti tercari-cari tempat yang dekat... akhirnya jauh juga dapatnya. Kalau nak tempat yang baik, mesti sampai sebelum jam 9.00am.... kalau tak memang di al-halal lah tempatnya. Tapi jarang sekali polis yang check. Di sini bukan bandaraya yang check... tapi community polis. Kata senior, dia check mungkin 2 kali setahun.... nak dijadikan kebetulan, hari ni memang polis buat operasi. Nasib baik dah parking di al-halal. . semalam sepatutnya dah jumpa supervisor... tapi dia hantar e-mail dah lewat, tak sempat nak check. Tup-tup dia call kata kenapa tak datang meeting. Nak datang macam mana.... tak tahu pun ada meeting.



Itulah, bila dah jumpa kedua-dua supervisors... macam-macam yang dia minta, meeting mesti sekali seminggu... dah ditetapkan hari jumaat jam 9.30am. Terus aje kena buat report... 12.30 tgh kena balik ambil anak solat jumaat. Rasanya hari ni tak sempat nak ke IslamBradford utk solat.. solat dekat masjid belakang rumah ajelah. Kalau kat IslamBradford, khutbah dlm bahasa inggeris, di Bowling Park... bahasa urdu, Pakistan. Kami jalan kaki je ke masjid tu, dekat dengan makkah market, tempat jual ayam, kambing dan barang-barang keperluan yang lain. Kami sampai jam 1.25 ptg. Tepat 1.30, azan berkumandang... terus khutbah. Khutbahnya amat pendek... 5 minit, siap dengan doa... terus solat. Terkejut Irfan... cepat sangat. diaorang ambil yang wajib sahaja.



Balik solat, singgah di Woodroyd Centre, semak keputusan daftar dengan Dr. Longfield. di sini, doktor pun kita kena daftar. Kena jumpa dgn dia je lah sepanjang duduk di sini, kalau tak tukar doktor lain. Di Malaysia mana-mana kita boleh pergi, ikut sukalah. Ini tak, dahlah kena mohon, kalau lulus baru boleh daftar. Kalau setakat demam, batuk, selsema... dia orang suruh pergi farmasi dulu makan panadol... kalau tak baik baru buat appointment dgn doktor. Bukan terus dapat hari tu... mungkin 3 hari bari dapat jumpa. Alhamdulillah, permohonan diterima, kena daftar pula semua ahli keluarga... kena isi borang berjela juga.



Hari ini hari ke-2 berpuasa 6, sekarang ni siang dah mula singkat. Subuh 5.56, maghrib 5.50 ptg. makin hari, siang semakin pendek.... suhu semakin turun... bertambahlah budget bulan ni kerana terpaksa pasang heater.