Tuesday 28 April 2009

14/4/09 - Day 3 - Eden Project















Lepas makan tengahari dalam kereta di tempat parking Land's End, kami terus pula ke Eden Project. Di sini banyak bunga2, pokok2 dan juga rumah iklim tropika... ada rumah kampung Malaysia di situ. Malam tu kami tidur di Bristol. Pagi esoknya 15/4/09... bertolak balik, singgah di Birmingham dan Stoke on Trent. Keseluruhan perjalanan adalah 1218 batu... dekat2 2000km

14/4/09 - Day 3 - Lands End











6.30 pagi kami dah mula bertolak ke Lands End. Perjalanan yg agak jauh memakan masa 3.5jam.

Monday 27 April 2009

13/4/09 - Day 2 - Brighton
















Dari Seaford, kami ke Brighton... sini dah mula panas... kena buka jaket. Sempat beli RFC... halal fried chicken. Pusing2 Brighton Pavillion... gabungan senibina berbagai negara, Brighton Pier... team park dibina atas laut. Malam tu drive ke Yeovil Podimore, selepas solat di Masjid Brighton... 9.30 mlm baru sampai. Planning asal nak singgah di Portsmouth... tapi dah kesuntukan masa.

13/4/09 - Day 2 - Dari Seaford ke Brighton







Dari Seaford ke Brighton ada satu tempat yg ada kincir angin lama... singgah tak boleh lama sebab parkingnya hanya untuk golfers. Yg nampak putih2 atas rumput tu... bola golf

13/4/09 - Day 2 - Seaford, Brighton




Dari Beachy Head, kami singgah di Seaford... kawasan tepi pantai. Biasanya pantai kita penuh dgn pasir, tapi di sini penuh dgn batu2. Sempatlah makan tgh hari di sini.

13/4/09 - Day 2 - Beachy Head











8pagi kami bertolak ke Beachy Head.... pantai yg dikelilingi tebing tinggi. Sayup tengok ke bawah... tak berani nak pergi dekat.

12/4/09 - Day 1 - Greenwich











Lepas tu bertolak pula ke Greenwich... meridian line. Makan tengahari... di park, hampar tikar... buka bekalan. Malam tu kami berlabuh di Guilford Travelodge.

12/4/09 - Day 1 - Cambridge









Cuti easter lepas kami ke travel ke south... mula2 ke Cambridge, terletaknya universiti yang tersohor... usianya sudah 800 tahun (1209 - 2009). Bangunannya masih kukuh dan suasana yg amat sesuai utk menuntut ilmu.

Wednesday 8 April 2009

5/4/09 Car Boot Doncaster










Perjalanan ke Doncaster lebih kurang 50 minit, namun barang2 yg dijual agak banyak dan pelbagai jenis.... walau pun agak jauh, namun kami puas hati dgn barang2 yg terdapat di situ. Dapatlah beli serba sikit. Lepas tu kami tiga keluarga + Faiz (adik undergrad), kita buka tikar di tepi tasik.... picnic lagi... masing2 bawa bekal... nasi lemak, nasi goreng, dsb. Mat Salleh tengok je, mana pulak dtg geng ni.

4/4/09 Picnic di Shipden Park - Halifax









Best juga dapat gi picnic hari sabtu... tapi agak sejuk. Tempat ni tak jauh dalam 15 minit perjalanan dari Bradford. Asalnya nak tinjau-tinjau tempat utk buat family day Rumpun Bradford 25/4 ni, tapi tak berapa sesuai sebab di kelilingi oleh rail keretapi mini... takut nanti bahaya pada anak-anak kecil. Bagaimana pun terima kasih kpd keluarga Bahari yg ajak dan jamu dgn pizza dan kek sempena hari jadi beliau yg ke-40.