Sunday 27 September 2009

15/08/09 Trip ke Liverpool







Gambar-gambar masa trip ke Liverpool. Perjalanan satu jam jer ke Liverpool, sambil ziarah kawan yg belajar di University of Liverpool.

Sambutan raya 2009 Bradford




Juadah di pagi raya

Antara sahabat2 di Bradford

Kaum ibu tidak ketinggalan

Di depan rumah... baru balik solat raya.


Raya tahun ini disambut pada 20/9/09 bersamaan dgn hari Ahad yg lepas... sama hari dgn di Malaysia. Inilah sekitar sambutan di Bradford. Hari Ahad 27/9/09 pula sambutan peringkat Rumpun Bradford diadakan di IslamBradford.

Tuesday 2 June 2009

31/5/09 Trip ke Lake District



















































Kami sekeluarga bersama 2 lagi keluarga rumpun mengikuti rombongan ke Lake District, yg dikatakan tasik yg terbesar di UK ini. Rombongan anjuran universiti menaiki bas ke Windermere mengambil masa 2.5 jam... kemuadian naik bot selama 40 minit ke Bowness... salah satu bandar kecil di tepi tasik. Pemandangan yg sangat cantik... tapi cuaca panas terik. Kami pulang jam 5.30 ptg dan sampai di Bradford 8 malam.... namun masih terang sebab maghrib masuk 9.27 malam.

10/5/09 4 dalam 1








Hari ini 4 dalam 1,

1: pagi2 lagi hantar keluarga Dr. Kamal di Leeds Bradford Airport jam 4.30pagi

2: terus ke car boot sale LBA

3: sarapan pagi ala-ala family day di tepi pagar airport dan tasik

4: majlis makan2 di rumah En. Halim

Oh... 4 dalam 1..... meriah sungguh Rumpun Bradford.

2/5/09 Jamuan Makan Perpisahan Dr. Kamal sekeluarga


Sedikit jamuan untuk Dr.Kamal, Hajar dan keluarga sempena perpisahan tamat belajar dan kembali bertugas di Malaysia.... Doakan kejayaan untuk kami juga... Amin

25/4/09 Hari Keluarga Rumpun























Hari keluarga tahun ini diadakan di Bolton Abbey, tempat yang sama seperti tahun lepas. Alhamdulillah semuanya berjalan mengikut perancangan. Malah kumpulan kita antara yang sampai awal... tunggu di depan pintu pagar, maklumlah nak book tempat.

Tuesday 28 April 2009

14/4/09 - Day 3 - Eden Project















Lepas makan tengahari dalam kereta di tempat parking Land's End, kami terus pula ke Eden Project. Di sini banyak bunga2, pokok2 dan juga rumah iklim tropika... ada rumah kampung Malaysia di situ. Malam tu kami tidur di Bristol. Pagi esoknya 15/4/09... bertolak balik, singgah di Birmingham dan Stoke on Trent. Keseluruhan perjalanan adalah 1218 batu... dekat2 2000km

14/4/09 - Day 3 - Lands End











6.30 pagi kami dah mula bertolak ke Lands End. Perjalanan yg agak jauh memakan masa 3.5jam.