Friday 24 October 2008

Pelbagai cerita dalam satu hari

Keadaan cuaca semakin tidak menentu... pagi tadi angin sejuk amat kuat sekali, tak padan rasanya 3 lapis pakaian ditambah lagi dengan jacket. Pagi-pagi memang rutin menghantar anak ke sekolah di Bowling Park Primary school. Nurleen di year 3, selalunya dengan lunch bag dan beg sekolah yang memang ringan untuk dibawa ke mana-mana. Tidak sama dengan di tanah air.. beg dan isinya sudah 4, 5 kilo, ditambah lagi dengan air minuman.... memang berat untuk budak-budak. Tak tahulah nanti bila sudah kembali semula ke tanah air, isu beg ini akan membuatkan anak-anak teringat kat pengalaman belajar di UK.



Perjalanan ke uni lancar dan terus ke tempat parking yang agak jauh iaitu berdekatan dengan pasaraya al-halal di BD7. Malas nak mencari parking yang berdekatan dengan school of engineering, design & technology sebab hari ni ada meeting dengan supervisor jam 9.30am. Lagi pun parking dekat dgn uni, cuma dua jam sahaja. lebih dari tu kena saman... 30 pounds Takut nanti tercari-cari tempat yang dekat... akhirnya jauh juga dapatnya. Kalau nak tempat yang baik, mesti sampai sebelum jam 9.00am.... kalau tak memang di al-halal lah tempatnya. Tapi jarang sekali polis yang check. Di sini bukan bandaraya yang check... tapi community polis. Kata senior, dia check mungkin 2 kali setahun.... nak dijadikan kebetulan, hari ni memang polis buat operasi. Nasib baik dah parking di al-halal. . semalam sepatutnya dah jumpa supervisor... tapi dia hantar e-mail dah lewat, tak sempat nak check. Tup-tup dia call kata kenapa tak datang meeting. Nak datang macam mana.... tak tahu pun ada meeting.



Itulah, bila dah jumpa kedua-dua supervisors... macam-macam yang dia minta, meeting mesti sekali seminggu... dah ditetapkan hari jumaat jam 9.30am. Terus aje kena buat report... 12.30 tgh kena balik ambil anak solat jumaat. Rasanya hari ni tak sempat nak ke IslamBradford utk solat.. solat dekat masjid belakang rumah ajelah. Kalau kat IslamBradford, khutbah dlm bahasa inggeris, di Bowling Park... bahasa urdu, Pakistan. Kami jalan kaki je ke masjid tu, dekat dengan makkah market, tempat jual ayam, kambing dan barang-barang keperluan yang lain. Kami sampai jam 1.25 ptg. Tepat 1.30, azan berkumandang... terus khutbah. Khutbahnya amat pendek... 5 minit, siap dengan doa... terus solat. Terkejut Irfan... cepat sangat. diaorang ambil yang wajib sahaja.



Balik solat, singgah di Woodroyd Centre, semak keputusan daftar dengan Dr. Longfield. di sini, doktor pun kita kena daftar. Kena jumpa dgn dia je lah sepanjang duduk di sini, kalau tak tukar doktor lain. Di Malaysia mana-mana kita boleh pergi, ikut sukalah. Ini tak, dahlah kena mohon, kalau lulus baru boleh daftar. Kalau setakat demam, batuk, selsema... dia orang suruh pergi farmasi dulu makan panadol... kalau tak baik baru buat appointment dgn doktor. Bukan terus dapat hari tu... mungkin 3 hari bari dapat jumpa. Alhamdulillah, permohonan diterima, kena daftar pula semua ahli keluarga... kena isi borang berjela juga.



Hari ini hari ke-2 berpuasa 6, sekarang ni siang dah mula singkat. Subuh 5.56, maghrib 5.50 ptg. makin hari, siang semakin pendek.... suhu semakin turun... bertambahlah budget bulan ni kerana terpaksa pasang heater.

No comments: