Tuesday 28 October 2008

Dimanakah Bradford



Bradford terletak di tengah-tengah UK atau dikenali sebagai Midland. Berdekatan dengan Manchester dan Liverpool di sebelah barat, Sheffield dan Birmingham di sebelah selatan, Hull di sebelah timur. Kalau gunakan google map... cuma taipkan BD5 8EP... terus sahaja akan menunjukkan kedudukan rumah kami. Rumahnya jenis teres 3 tingkat + basement (bilik bawah tanah). Di tingkat bawah adalah ruang tamu dan dapur. Di tingkat 1, bilik tidur utama, bilik tidur satu dan tandas. Di tingkat 2, ada dua bilik tidur. Masalah di kebanyakan rumah di sekitar Bradford ini adalah tandas cuma satu... terpaksa bergilir-gilir.




Rumah terpaksa dibuat 3 tingkat kerana kepadatan penduduk dan ruang tanah yang terhad. Binaan rumah ini cuma 16 kaki lebar dan 80 kaki panjang, sebab itulah 3 tingkat. Kebanyakan rumah cuma berpagar rendah... 4 kaki tinggi dan biasanya tidak berkunci. Mereka juga tidak mempunyai grill seperti di tanah air. Cuma sebahagian kecil sahaja rumah yang mempunyai tingkap kaca yang ber"grill". Termasuklah rumah yang kami duduki ini mempunyai tingkap yang ber"grill" ringkas. Namun kejadian kecurian jarang berlaku kerana di sini CCTV berada di setiap penjuru jalan. Sekejap je polis dah boleh kesan.

No comments: