Sedikit cenderahati dari pihak Rumpun Bradford

Program yang agak ad-hoc sebab diberitahu tentang kehadiran beliau pada hari Rabu 18/3. Maklumlah kita di sini agak sibuk dgn aktiviti pelajaran dan keluarga. Ustaz Erfino adalah attache pelajaran (agama) Jab Penuntut Malaysia London. Alhamdulillah, semua berjalan lancar walau pun beliau sampai lewat... program bermula 8mlm sehinggalah 11mlm. Agak meriah juga kerana jamuan adalah pot luck... masing2 bawa sikit.. lama-lama jadi bukit. Ustaz juga menyentuh mengenai amalan harian, fekah dan soal jawab agama yg berkisar mengenai kehidupan di UK ini. Ustaz juga berjanji akan datang lagi di masa akan datang.