Saturday 29 November 2008

...ada lagi gambar-gambar




Gambar di depan rumah kami di BD5.













Ini pula Laily.... kena bungkus. hehehe.... dia sejjukkkk.















Di depan ASDA... shopping complex... tempat beli barang-barang dapur.... gula, garam, sayur, buah-buahan, dll.

Sekolah Nurleen part 2

Ini sambungan gambar-gambar sekolah Nurleen







.

...ada lagi gambar-gambar

Sekarang ni diaorang sibuk dengan musim Christmas... mana-mana tempat pun banyak hiasan-hiasan mereka.














Ronda-ronda Bradford City

Hujung minggu biasanya kami keluar sama ada membeli barang keperluan harian atau pun cuma jalan-jalan ambil angin hujung minggu. Sebenarnya tiada aktiviti yang menarik di musim sejuk ni, sebab masing-masing lebih suka duduk di rumah.















Salji mula turun

Tanggal 23/11/08... salji mula turun di Bradford... cuma sekejap je itu pun dari jam 3 pagi sampai 6.30 pagi... tak sempat budak-budak main, sebab dah mula cair disebabkan suhu yang bertukar dengan cepat.



University of Bradford

Inilah university of bradford... sebuah universiti yang bermula dari tahun 1882 dgn nama Bradford Technical College, ditukar lagi kepada Bradford Institute of Technology pada tahun 1957... sama tahun dgn tarikh kemerdekaan Malaya. Akhirnya pada tahun 1966 dikenali sebagai University of Bradford sehinggalah sekarang.








Monday 3 November 2008

Bowling Park







Irfan, Nurleen dan Laily sedang bermain di taman... Bowling Park. Masa gambar ni diambil, tak berapa sejuk lagi.... sekarang, tak ada siapa yang keluar bermain... sejjuuuukkkk.

Musim luruh




Beginilah keadaan musim luruh atau autumn di Bradford. Pohon-pohon dah semakin tinggal ranting... dan daun-daun bertaburan di atas tanah dan di tepi jalan.

Rumah 147 Parkside Rd







Rumah ini 3 tingkat.... gambar tingkat 3 tak nampak. Rumah agak lama tapi kira ok lah.

Sekolah Nurleen






Inilah pintu depan sekolah Nurleen, Bowling Park Primary school. Nanti kalau ada kesempatan akan diambil gambar sekitar sekolah pula... walau pun dia masih 7 tahun, tapi di sini dia berada di year 3. Kerana di sini sekolah year 1 bermula dari umur 5 tahun. Setiap hari ibubapa kena hantar dan ambil sendiri anak-anak mereka. Kalau tak diambil, anak-anak tak akan dilepaskan bailk sendiri, sampailah penjaga datang... mat salleh amat pentingkan keselamatan anak-anak sekolah. sekolah bermula jam 8.45 - 3.05. kebiasaannya bawa bekal sendiri untuk makan tengah hari... bawa roti dan air.
Ini pula gambar di depan rumah 147 Parkside RD... semasa balik dari sekolah. Beg sekolah amat ringan..warna biru disandang dan bekas bekal di tangan. Di sekolah ini ramai yang pakai tudung terutama anak-anak orang Pakistan.

Kereta













Inilah kereta yang dibeli dengan harga 350 pounds...(RM 2000), Ford Mondeo tahun 99. Keretanya masih ok kalau dibandingkan dengan harganya. Lihatlah keadaan body, cat dan keadaan dalaman kereta yang masih lagi tidak "jejas". Satu lagi, di sini kena ada navigator, senang nak ke mana-mana, cuma masukkan poskod... terus dia akan tunjukkan jalan satu persatu sampailah kita ke tempat ini. Kalau tersalah masuk jalan pun, dia akan automatik betulkan semula perjalanan kita. Navigator yang dibeli ini brand dia Navman..harga 119 pounds...beli tiga butir dah sama harga dengan kereta Mondeo ni.

Barang-barang yang dipos dari Malaysia


Hari ini, satu bungkusan pos selamat sampai ke rumah ini yang dipos oleh ayah. Alhamdulillah akhirnya barangan yang dipesan selamat tiba setelah hanya 4 hari selepas dipos. Ini adalah barang-barangnya yang dibungkus dengan sehelai kain copeng merah.... ikan kering 2 jenis, keropok, ikan bilis, serbuk kari dan kopi radix.... terima kasih tidak terhingga kepada keluarga di kampung yang bersusah payah mengepos ke sini walau pun terpaksa membayar RM312.50